Buat Duit Dgn Blog

    Ok..pertama sekali saya nak bgitau saya bukan hndak menunjuk, tpi hendak berbagi buat newbie atau pun org yg baru mulai start nak berbloging. Tau kah kamu dengan blog Korang boleh buat duit dan income? Berbaloi bukan? Lebih2 lagi untuk student2 utk dptkan sedikit income. Di sni saya akan senarai kan sedikit Syarikat Pengiklanan yang saya pernah cba dan saya rasa bagus..here we go


1.NUFFNANG



Rasanya saya tak perlu kenalkan lgi Nuffnang ini. Hampir smua blogger tau nuffnang adalah satu syarikat pengiklanan yg bgus dan terbaik lebih2 lagi utk newbie kerana cara memohon dan meletakkanya yg mudah dan senang. Bagi yang tidak tau, Nuffnang ini adalah satu syarikat pengiklanan yg berasas kan blog dan pada masa yang sama juga merupakan sebuah komuniti untuk para blogger.

Korang akan di bayar dengan cek dan sampai sekarang masih bm lgi ada yang bgitau nuffnang tak pernah byr publisher. Blogger Elite atau pun blogger terkenal seperti redmummy, hanis zalikha ,beautifulnara dan banyak lagi telah dapat PULUHAN ribu sebulan dengna nuffnang ni. Dan pengalaman saya memasang nuffnang ini sgt bgus.cma saya tak pakai lama dan ni hasil yg saya pernah dpt dri Nuffnang.



Tp bagi saya kadang2 earning dia sgt slow jadi saya bertukar kepada iklan lain. Bagi yang ingin tau lebih lanjut tentang nuffnang, boleh pergi ke web NUFFNANG 



2.INNITY


Berdasarkan pengalaman saya, Innity adalah satu syarikat pngiklanan yg terbaik yg saya pernah guna. Earning yang sangat tinggi dan cara pembayaran yang mudah dan sistematik. Tapi tak smua dapat apply innity ini kerana mereka meletakkan syarat yang sangat tinggi. Antara Syaratnya adalah harus dapat sekurang2nya 200 rbu pageview dan 40000 unique visitor sebulan dan blog itu juga harus lah tidak mempunyai audia/video download , online streaming dan juga file sharing. Ini hasil yang saya dpt semasa menggunakan  innity 




Hanya 8 bulan saja saya hampir dpt 6 ribu. Tetapi selepas itu saya di reject dari innity hanya kerana blog saya bertukar domain baru, kemudian, mereka bgitau yg blog saya tidak sesuai dgn syarat padahal ia masih blog yg sama dan saya cma tukar domain saja. Alasan sangat tidak logik dan smpai skrg, application saya msih di reject. Bagi yang lain ingin mencuba innity, boleh sign up di web INNITY



3.ADMAX / KOMLI



Ada yang mengatakan Admax Network antara syarikat rangkaian iklan digital yang menduduki kedudukan terbaik di Asia. Ramai blogger mngatakan admax ini lebih baik dari innity  dari segi earning dan juga campaign. Tetapi admax ini adalah sangat rumit utk di apply kerana memerlukan invoice yang harus di tandatangan dan msti di fax atau di email kepada mereka. Begitu juga ketika hendak  cash out. Berdasar kan pengalaman saya, hasil yang saya dpt dri admax adalah :



Saya cma dpt rm 10.62 ..mueheheh.. pada pendapat saya, earning dia slow berbanding dgn innity. Saya bru saja guna admax utk 2 bulan..moga2 nnti akan smkin bertambah :D



4.CHURPCHURP



Churpchurp salah satu syarikat di bawah NUFFNANG .Dulu churpchurp hanya boleh di gunakan kepada pengguna Twitter dan facebook saja. Tetapi sekarang churpchurp membenarkan kempen iklan mereka melalui pelbagai medium selain Twitter dan facebook.

ChurpChurp ini seperti says.com dimana anda di bayar setiap kali iklan anda di klik. Bagi penguna Twitter, setiap Publisher akan di beri satu 'Assignment' di mana anda dikehendaki untuk membuat satu ayat mngunakan keyword yang di berikan.Setelah itu, churp2 akan menyemak dan auto publish di twitter.Semakin byk follower di twitter anda, smkin byk earning yg masuk. Berbaloi bukan?  Siapa yg ingin tau lebih lanjut, boleh pergi register di CHURPCHURP



Bukti pmbayaran dari churpchurp..

Banyak lagi Syarikat pengiklanan yg bgus, tpi saya cma dapat senarai kan empat saja berdasarkan pengalaman saya sndiri. Ini cukuplah sebagai panduan blogger2 baru.

dan satu nasihat saya mulakan langkah sebagai seorang blogger yang berdedikasi dan memiliki identiti sendiri dan janganlah anda  berblogging hanya kerana wang ringgit semata-mata. Pelajari dulu  berblogging secara berhemah dan korang akan faham apa erti blogging sebenarnya. Satu lagi tak semestinya ganjaran akan anda perolehi dalam masa terdekat tanpa usaha

0 comments:

Post a Comment